Wednesday, September 2, 2009

‘Aku, Die dan RaMaDhan’....

Assalamualaikum..tau mesti ade yang tanye ni edisi ape plak...edisi tunggu subuh selepas bersahur agaknye...(ataupun ape2 edisi yang tuan puan cik adik abg akak rase sesuai kire diterimalah)..kepade yang belum bace kisah semalam bace dulu yer...
Ok nampak tajuk macm kontroversi..tapi ini sekadar coretan sahaja madah corat coret huha huha secara tidak berlebihan di bulan penuh keberkatan...RamadHan....
Ramadhan adalah bulan menguji kita sebagai manusia (macm teks ucapan pun ade)..semua orang sedia maklum.tapi ujian yang lebih berat mungkin ditanggung oleh sesetengah pihak ramadhan kali ini..begitu juga sayer...ramadhan ini telah dijangka sedikit dugaan bakal sayer hadapi atau lebih tepat kehilangan yang sangat bermakna....takpe2..jngan suspen..(konon2 ade yang suspen la).5 bulan lepas aku telah diberi peluang berkenalan dengan seseorang...orangnye baik..terlalu banyak bimbingan yang telah die berikan kpade aku,dari hal2 sembahyang,batasan aurat.soal mengaji dan macm2 lagik. Kerana gaya dan kepimpinannye..aku telah tertarik hati untuk mengenalinya dengan lebih lagik...

teringat aku kepada risalah aurat yang die beri kepada ku...pada ku itu adalah cara yang paling hikmah die ingin menegur ku...katenye die tak kate aku tak baik..tapi mungkin ade beberape aspek yang masih boleh aku perbaiki..aku sedikit pun tak rase sentap dengan teguran die..yela macm yang aku ckp awal tadi ‘hikmah’itu kan penting kalau nak berdakwah...secara luaran aku boleh kategorikan die sbgai seorang yang agak gile2 jugek.dah kenela tu macm aku jugek banyak main..tapi bab2 hukum ni tetapla hukum...

Bulan 8 ni genap kitorang kenal 5 bulan....tapi die dah tak boleh lagik ade dengan aku...aku pun tak boleh lagik mencari die...hubungan baik kitorang akan ke sudah berakhir aku tak pasti....apepun aku doakn aku mampu bertemu dengannya semula dan die boleh terus membimbingku......

Tuesday, September 1, 2009

Aku Dan Hari BerSejarAhKu......(edisi baca sampai berbuka)

Baru berpeluang setelah 2 minggu berlalu
Tanggal 14 ogos 2009...ake disenaraikan sebagai penerima ijazah sarjAna muda pendidikan sains dengan kepujian..4 tahun lepas(3/7/05) aku menjejakkan kaki di universiti pendidikan sultan idris dengan keadaan sayu....aku tak suke dapat offer ke situ..walaupun itu pilihan pertama tapi aku macm tak berape nak jer...ingat lagik aku..menangis plak bile ma abh balik.org seronok2 aku sadis plak...tapi jap jer..trus dapat member giler2 sebilik..aku pun bole tahan la jugek bukan gile....giler2...hehehhe..sepanjang 4 tahun macm2 yang aku lalui..best sangat jer duk kat UPSI...universiti pasangan suami isteri orang panggil sbb ramai yang bercinta n trus posting satu sekolah...aku rileks jer...cinta2 layan la jugak ala kadar tapi bukan itu yang yang menjadi kenangan paling manis....yang lebih manis bile aku mendapat clik 5ive kitorang....satu upsi kenal kut kitorang termasuk pegawai dan staf2 upsi....(khairiah(cikyah),nabila(cik nab),eja (cik ja).hazirah (cik tam) n sorg lahik anis...sampai sekarg tak dapat gelaran cik sbb die macho...hehhehe...so kitorg panggil die macho),kitorg ni bnyak sngat join program upsi sbb aktif join mpp.Utara ke selatan,barat ke timur semua tempat kitorg g..driver bas upsi pun kenal kitorg.(sebenanye bukan sbb glamor tapi kitorg yang deal bas setiap kali program..hikhik)...untuk aku study di upsi tak bnyak mane pun.....4 tahun bersamaan 8 semester..satu semester 1 peperiksaan aku study seminggu je all out....jadik lapan semester 8 minggu je aku study sepanjang 4 tahun bergelar graduan...huhuhu...jadik yang selebihnya assgmnt n program la...aku spatutnya tak amik course sains kimia..aku kena tukar bidang...’ijazah sarjana muda pengurusan program’ .baru dapat kelas pertama agaknye...cakap pasal kelas ni aku n geng2 kitorng result pun lebih kurang walaupun ade yang bio n kimia..aku bergraduat dengan pngk 3.3..(second class upper orhang puteh cakap.orng yang blaja kat jordan pun boleh...eh...sentap siape tu...kwang3)
Ok la tu sedikit sebnyak sesi flash back sepanjang bergelar mahasiswi upsi..bagus ape masuk uni yang kecik lagik comei..mudah dikenali..tapi market tak berape bagus ler...lelaki ade la brape keping jer,brape buah pun bole...sikit sangt..kuliah aku 80 lebih laki 4 orang jer...standart la..nisbah di upsi 1:14.jngan marah yer kamal(ketua klas)
Ok....sekarg kite masuk hari yang bersejarah seperti tajuk di atas...wah2 yang panjang tadi tu mukaddimah rupenye..ni baru masuk isi..aku punye sesi pengijazahan petang jumaat 14/ogos..ade sape2 yang hari jadiknye? selamat yer....tu tak penting..ok2..pagi tu aku, abh, ma bertolak dari manong kul 8.30 tak silap(awal2 dah tak ingat kantoi)....haa..yang ni tak silap...ma bngun kul 5.30 sebb nak mask macm2 nak bawak ke sane...org lain mungkin ade yang segan mak die beria nak bwak bekal nak makn kat bawah2 pokok kan..tapi aku memang kena bwak makann..kalau pg kuala kangso pun ma bawak makann yang tak sempat makan bekalkan..memang jenis adik bradik kitorg makan dalam kete...tambah plak aku ni sikit2 nak makan...walaupun tak bnyak(ayat cover) tapi mesti ade dalam kete...dah terbiase...sampai ipoh g amik abg aku n pegi sekali..sampai jer trus jumpa mak angkat dorang dah tunggu..ayah angkat pun ade...dorang nak cepat...so jumpa seblom konvo la...bergamba sikit..bnyak hadiah dorang bagi..toche2...petang tu kul 2 kumpul kat auditorium...konon kene berarak sekali ujan lebat..berarak guna bas jawabnye..aku plak orng yang terakhir untuk sesi 8(ptg jumaat).pegawai tu menurut kawan2 dah berkali2 panggil name aku...dorg asyik jawab ‘die tak datang lgik puan(dorang jawab tu bukan secara serentak la yer)....aku lambat sbb nak amik cik tam pastu due2 tak siap lagik pakai jubah konvo...masuk je dalam bilik menunggu trus jer kene...Alizawati ker?..ye puan...lambat die kate...jubah pun pakai salah..die gelak2....smpat lagik die btolkan...sempat lagik ade yang sentap aku kate aku macm taknak konvo...dulu aku dalam klas pun bnyak main gak...sampai hari konvo pun samer rupenyer..no no no...i bukan cikgu bermasalah yer...(waktu blaja memg bnyak main)ok ape tak jadik skem sngat.....habis je istiadat ramai yang menanti di luar...geng2 cik dah menunggu adik junior siap bawak banner lagik i dapat bnyak bunga n hadiah...tq semua....aku cari wajah ma dan abh...terpandang dorang di satu sudut....paksu maksu ade, nyah+nyah din pun datang...c.na dari kuale pun datang lpas sekolah...semua ade..terharu betol.yang je tak der...trima kasih semua...meraikan hari bersejarahku.................herm...pakwe????? no no no...identiti dirahsiakan..hahahahhaa.ala rileks la..kawin nti baru tau saper..takut tak jadik nti kan payah(mesti cikgu azam nak kate sayer ni tengah timbang2 lagik..hhehehe...).. Ok la trima kasih juge semua pendidik dari tadika----------- UPSi...jasa kalian sayer kenang...Esok saye nak sambung tulisan sayer dengan kisah ramadhan pula..(‘aku,die dan ramadhan’)tunggu.......

Thursday, August 20, 2009

indahnya perkahwinan dengan percintaan?????????

Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga.
Selagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu cinta sejati. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka dengan berkhayal untuk menjumpai “Mr Right” atau “Ms Right” mereka.
Mereka akan berasa gembira dan ingin mendirikan rumahtangga apabila individu-individu ini tiba-tiba muncul dalam hidup. Itupun setelah mereka “betul-betul mengenali” individu ini, berselisih faham, bertekak dan berbaik semula, BARULAH mereka mendakwa diri mereka sedang dilamun cinta.
Apabila mendirikan rumahtangga, perasaan cinta itu dibawa bersama dengan harapan ia akan terus kekal begitu. Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu.
Ada pula yang terlampau “bahagia” sehingga melupakan kedua orang tua. Ada juga yang berasa tertekan dengan kehadiran anak-anak yang dikurniakan oleh Allah.
Akhirnya alam perkhawinan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan, tidak seindah filem-filem telenovela Korea atau filem-filem cinta Hindi kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai masalah.
ALAM PERCINTAAN SEBELUM BERKAHWIN
Bercinta sebelum berkahwin adalah sebahagian daripada budaya Hedonisme yang mengajar manusia fahaman “kebahagiaan hanya dicapai apabila ada keseronokkan di hati”. Akibatnya kebahagian itu hanya seketika kerana keseronokkan yang dilakukan kadang-kala mendatang masalah sosial dan masalah peribadi yang lain. Sedangkan Islam mengajar sesuatu yang lebih baik.
Budaya ini telah lama menyerap ke dalam masyarakat Melayu semenjak Hikayat 1001 malam dibukukan. Seseorang yang sedang khayal dan seronok bercinta dengan pasangannya akan menganggap diri mereka sedang menikmati kebahagiaan. Lalu kerana rasa bahagia inilah mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga.
Persoalannya adalah mudah, mampukah kebahagian tersebut kekal 10 atau 20 tahun akan datang? Boleh atau tidak mereka berasa bahagia apabila hadir di antara mereka anak-anak dengan pelbagai kerenah.
WANITA MENGADU TENTANG CINTA KEPADA UMAR
Pada zaman Umar Al-Khattab r.a. sebagai khalifah, ada seorang wanita yang datang mengadu dan mengaku kepada beliau r.a. bahawa dirinya tidak lagi mencintai suaminya. Dia lalu meminta nasihat daripada Umar r.a. apakah cara terbaik dalam mengatasi masalah ini. Katanya hidup yang tidak dihiasi dengan cinta amat membosankan.
Lalu Umar berkata “Jika ada di antara kamu, wahai perempuan, yang tidak cinta kepada seorang di antara kami para lelaki, tidak usahlah hal itu dikhabarkan kepadanya (suami itu). Kerana hanya sedikit rumahtangga yang dibina berdasarkan cinta. Kebanggaan hanyalah (rumahtangga) yang didirikan atas dasar hasab.”
Hasab di sini bermaksud kemulian budi, sifat dermawan, sopan santun, akhlak yang baik dan sebagainya yang menyebabkan seseorang itu disegani. Dalam erti kata moden, imej yang baik.
Kata-kata ini membawa maksud bahawa, amat jarang sekali sesuatu perkahwinan yang membanggakan dibina berdasarkan cinta. Perkahwinan yang menjadi kebanggaan biasanya dibina atas dasar hasab yang baik.
Ini adalah satu kata-kata emas yang jika direnung, ia membawa maksud yang amat mendalam. Sebenarnya terdapat pelbagai elemen lain yang dapat mempengaruhi kebahagiaan dan kebanggaan sesuatu rumahtangga selain cinta dan seks.
DISEBALIK PERKAHWINAN
Sepasang manusia yang diijab-kabulkan akan melalui pelbagai ujian daripada Allah swt. Masing-masing akan melihat kelemahan dan kelebihan diri yang lain. Justeru akan muncul pula perasaan benci, marah dan sebagainya. Tambahan pula, sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan.

Wednesday, August 19, 2009

hadiah2 yang ku terima..terima kasih semua


paksu & maksu..



??????



anip & faeez..



ehem2...hikhikhik...




tq semuanyer...


jngan salah paham..upsi tak penah izinkan students pakai jeans amik ijazah..hehhehe...ni dah lpas hari kejadian..



what's inside?



my beloved sister..



my luvly family....

Tuesday, August 18, 2009


abah,ayah,adik,sayer,ma,mak...terimakasih semua

Saturday, August 15, 2009